Tuesday 11 December 2012

Bercinta Memang Mudah Tapi ..


Bercinta memang mudah. Mencinta cukup mudah. Dicintai juga mudah. Tetapi untuk dicinta oleh orang yang kita cintai memang susah.
Amat menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak menyintai kita. Lebih menyakitkan lagi apabila mencintai seseorang yang kita tidak pernah sempat menyatakan cinta kepadanya.
 Satu hal yang membuat kesedihan dalam kehidupan ini, bila kita bertemu seseorang yang terasa begitu bermakna. Tetapi pada akhirnya kita menyedari ia tidak bererti dan kita terpaksa membiarkannya pergi.
 Kita hanya tahu bahawa kita amat merindukan seseorang, apabila ketika memikirkannya hati bagaikan hancur berkeping dan kemudian dengan hanya mendengar perkataan ‘hai’ darinya mampu menyatukan kembali kepingan-kepingan hati itu tadi.





No comments:

Post a Comment